Ketepi rekaan alternatif punca kos MRT tinggi

Berita Harian - - BISNES -

Langkah kerajaan terdahulu mengetepikan rekaan alternatif bagi mengurangkan kos pembinaan transit aliran massa (MRT) sebelum ini menyebabkan kos keseluruhan projek itu menjadi tinggi, kata Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling.

Bagaimanapun, beliau berkata sebagai rakan pelaksana projek (PDP), Gamuda perlu melaksanakan dan menyiapkan projek itu seperti permintaan pentadbiran sebelum ini.

Katanya, Gamuda bersetuju dengan kritikan bahawa kos itu terlalu besar dan mewah, namun tanggungjawab syarikat adalah untuk mengendalikan projek terbabit, yang mana saiz dan bilangan stesen diputuskan oleh kerajaan.

“Kami juga bersetuju dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang berkata kos bagi projek MRT terlalu besar untuk projek yang hanya akan mencapai penumpang penuh selepas 20 hingga 30 tahun.

“Malah, ketika proses tender untuk kerja bawah tanah, kami pernah mencadangkan rekaan alternatif bagaimanapun, cadangan itu tidak diterima,” katanya pada sidang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.