Masuk kebun pakai kasut tumit tinggi

Berita Harian - - B*POP -

yang mengukir nama menerusi drama

itu berkata, cabarannya bukan hanya cuaca, tetapi dia perlu mendaki bukit dan gunung dengan menaiki kereta pacuan empat roda tanpa pintu dan bumbung.

Katanya, dia berasa seram sejuk menaiki kenderaan berkenaan, apatah lagi apabila melalui kawasan berbukit dan curam.

“Lebih mencabar, saya diminta produser, Fadzil Teh, untuk mengekalkan gaya moden dengan memakai kasut tumit tinggi. Bayangkan, saya terpaksa masuk kebun, daki bukit dan cabut biji kopi dengan pakai kasut tumit tinggi.

“Paling tidak dapat dilupa adalah ketika menjalani penggambaran di Bali. Saya dipaksa menaiki buaian tinggi, sedangkan saya tidak pernah pun bermain di taman permainan atau ‘funfair’!

“Saya seorang yang gayat... Menaiki buaian kanak-kanak pun saya takut, apatah lagi menaiki buaian tinggi. Bagaimanapun, saya paksa diri melakukannya hingga menggigil seluruh badan dibuatnya. Seumur hidup, saya hanya pernah sekali menaiki ‘rollercoaster’ di Genting Highlands, itu pun serik sampai hari ini,” katanya sambil ketawa.

Hilang selera makan

Gadis kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang itu berkata, paling mencabar apabila dirinya hilang selera makan.

Jelasnya, situasi itu berlaku bukan kerana dirinya dilanda kesakitan, tetapi sejak awal lagi, masakan Indonesia tidak menepati cita rasanya.

“Apabila menjelajah kawasan pedalaman, kami singgah sahaja di mana-mana restoran yang ditemui apabila tiba waktu makan. Saya ingatkan, sebagai negara Islam, mudah untuk kita mendapat makanan halal di sana, tetapi tidak juga.

“Sudahnya, saya hanya makan mi segera, biskut atau roti yang dibawa siang dan malam. Mujurlah Mama ikut sekali, jadi dia akan masak untuk saya dan kru produksi jika ada masa terluang,” katanya yang kehilangan dua kilogram sepanjang penggambaran diadakan.

Mr Perfect! Hello, Pengalaman Ruhainies menaiki buai tinggi di Bali. Ruhainies

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.