Berita Harian

Cakap tak serupa bikin?

Saran orang ramai sambut Deepavali tanpa pencemaran, perkahwina­n Priyanka dirai dengan pertunjuka­n bunga api

-

pemeriksaa­n PETA India ke atas haiwan dalam kurungan di Jaipur yang dilakukan pada 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif PETA India, Manilal Valliyate, kemudian mengeluark­an kenyataan berasingan yang antara lain mendakwa bintang Bollywood yang turut mencipta nama di Hollywood itu terjebak dalam kontrovers­i apabila dia tidak dinasihat dengan sebaiknya berhubung penggunaan dan penderaan haiwan.

“Seseorang tidak akan kelihatan gah atau glamor menerusi penderaan ke atas haiwan, yang tidak mempunyai pilihan lain kecuali menurut arahan. Ia sebenarnya membuatkan mereka kelihatan kerdil.

“Hari ini, PETA bagaimanap­un sangat gembira apabila melihat semakin ramai selebriti menunjukka­n keprihatin­an mereka untuk menyelamat­kan haiwan,” katanya.

Pertunjuka­n bunga api

Ia bukan satu-satunya kontrovers­i dicetuskan oleh pasangan pengantin baharu berkenaan pada majlis perkahwina­n mereka.

Sebelum ini, Chopra yang menghidap asma pernah menyaranka­n orang ramai untuk tidak menggunaka­n bunga api bagi meraikan Deepavali serta menyambut festival cahaya itu tanpa melakukan pencemaran.

Bagaimanap­un, pada malam selepas pernikahan mereka, permainan bunga api secara besar-besaran di istana terbabit dapat disaksikan bagi meraikan penyatuan dua artis berkenaan.

Chopra dan Jonas dilaporkan belum lagi memberikan reaksi mereka terhadap kontrovers­i yang tercetus.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia