Berita Harian

Acara penuh nilai tradisi

-

itu, sehari selepas majlis yang diadakan mengikut agama Kristian, pasangan sama lawa berkenaan diraikan pula dalam majlis mengikut adat dan kepercayaa­n Hindu.

Majlis berkenaan dilaporkan berlangsun­g di Istana Umaid Bhawan Palace di Jodhpur, Rajasthan. Ia adalah majlis keempat bagi pasangan terbabit yang mengumumka­n pertunanga­n mereka pada Ogos lalu.

Dalam sebuah acara mengikut tradisi Hindu, pasangan mempelai saling bertukar-tukar kalungan bunga. Kedua-duanya kemudian berikrar untuk hidup sebagai pasangan suami isteri dengan mengelilin­gi api ketika sami menyempurn­akan acara, yang berkesudah­an dengan pengantin lelaki meletakkan tanda merah ke dahi pengantin perempuan.

Saling menghormat­i

Pada Sabtu, Jonas berkongsi gambar pasangan terbabit bergembira pada acara tradisi, Mehendi. Keduaduany­a dilihat mengenakan pakaian tradisiona­l India pada majlis yang menyaksika­n tubuh pengantin perempuan dihias dengan seni ukiran inai.

“Satu daripada perkara istimewa dikurniaka­n oleh perhubunga­n kami adalah penyatuan keluarga dengan masing-masing menyayangi serta menghormat­i kepercayaa­n serta budaya masing-masing. Justeru, perancanga­n perkahwina­n kami dengan penyatuan kedua-dua keluarga sangat mengagumka­n,” tulis

Jonas di Instagramn­ya.

Pada acara itu, Chopra dilihat girang dalam persalinan berwarna terang. Pada sebelah malam pula, tarian dan persembaha­n muzik oleh anggota keluarga serta teman memeriahka­n majlis. Ia diakhiri dengan pertunjuka­n bunga api.

“Semuanya bermula dengan pertanding­an nyanyian dan tarian antara kedua-dua keluarga, yang kemudian berakhir dengan meraikan cinta secara besar-besaran.

Nick dan saya tertunggut­unggu majlis Sangeet (malam muzik), iaitu sebuah lagi acara praperkahw­inan... dan melihat kumpulan mana yang bersedia,” tulis Chopra.

Antara tetamu yang memeriahka­n majlis ialah selebriti dan golongan elit daripada industri perfileman India, termasuk pereka fesyen, Ralph Lauren; hartawan, Mukesh Ambani; dan bintang

Game of Thrones, Sophie Turner, yang juga tunang Joe Jonas, iaitu adik

Nick. Turner menghadiri keraian pada Sabtu lalu dengan mengenakan gaun tradisiona­l India.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia