Berita Harian

Beli rumah sekarang atau tunggu lagi?

-

Perdebatan mengenai masa yang paling tepat untuk membeli rumah ini sudah lama kedengaran. Siapa yang tidak mahu memiliki rumah? Tidak kiralah apa jenis rumah sekalipun, sudah pasti semua orang memasang impian untuk mempunyai rumah sendiri sebagai tempat berteduh.

“Tunggu dan jangan beli rumah sekarang”, ungkapan ini sudah menjadi kebiasaan yang kita selalu dengar.

Kebanyakan individu yang mahu membeli rumah masih mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ kerana ramai beranggapa­n harga rumah akan turun pada masa hadapan.

Ya. Jika dilihat kepada situasi harga rumah pada 2018, ia telah mencatatka­n penurunan.

Antara punca utama perkara ini terjadi adalah disebabkan lambakan rumah tidak terjual yang meningkat dari hari ke hari.

Berdasarka­n asas ekonomi apabila semakin banyak rumah tidak terjual, semakin menurun juga harga pasaran rumah itu. Bekalan sudah melebihi permintaan.

Ramai juga masih menantikan apakah selepas pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), harga rumah akan turun?

Terdapat pihak yang menjangkak­an harga rumah akan turun sekitar lima peratus kerana kerajaan telah menetapkan pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) terhadap bahan binaan.

Apa yang dinyatakan di atas ini secara asasnya adalah antara punca kenapa rakyat Malaysia masih menunggu dan tidak mahu beli rumah sekarang.

Jadi, lebih baik tunggu beberapa tahun lagi baru beli rumah?

Ada beberapa pandangan yang boleh diambil kira daripada pemain hartanah.

Kenaikan gaji

Dalam satu sesi ceramah berkenaan pembelian hartanah, CEO FAR Capital, Faizul Ridzuan telah ditanyakan satu soalan berkenaan keperluan pembelian rumah dilakukan sekarang atau pembeli seharusnya menunggu dua tahun lagi selepas menerima kenaikan gaji.

Faizul menyatakan bahawa kenaikan gaji bagi seseorang pekerja bukanlah sesuatu yang dapat dipastikan. Beliau dalam masa yang sama turut mempersoal­kan adakah kenaikan gaji itu akan lebih tinggi daripada kenaikan harga hartanah?

“Pada pendapat saya, kenaikan gaji tidak pernah boleh disahkan. Berdasarka­n data, kenaikan harga hartanah di Pulang Pinang untuk 16 tahun yang lalu, puratanya adalah 11.8 peratus,” ujar Faizul.

Menurut beliau, sekiranya pem- beli menunggu dua tahun lagi untuk membeli rumah, kemungkina­n besar pembeli perlu membayar pada harga yang lebih tinggi.

“Sekiranya hari ini pinjaman boleh lepas dan boleh dibeli pada harga hari ini, saya akan membelinya hari ini,” kata Faizul.

Bagi pihak Hartabumi, pembelian rumah perlu dilakukan sekarang tetapi dengan tiga syarat.

Pertamanya, pembeli perlu mendalami ilmu hartanah terlebih dahulu dan tidak membeli secara melulu tanpa membuat sebarang kajian. Pembelian rumah memerlukan perancanga­n yang teliti serta dibuat dengan penilaian risiko

Keduanya, jika pembeli terjumpa ‘tawaran yang menarik’, terus sambar peluang itu. Kenapa perlu tunggu?

Bahkan situasi semasa memperliha­tkan ada beberapa projek pemaju yang tidak terjual diturunkan harga kepada tahap 30 hingga 40 peratus dan ini memberikan tawaran yang menarik.

Ketiga, belilah rumah ketika usia masih muda.

Hal ini kerana, usia muda bermakna individu itu mempunyai komitmen yang rendah dan masih banyak peluang serta tenaga untuk mencari pendapatan sampingan.

Tiada istilah beli sekarang atau tunggu dua tahun lagi. Apabila ilmu sudah mencukupi dan pem- beli menjumpai hartanah yang menarik, sambar sahaja peluang berkenaan.

Itu adalah pendapat daripada pemain yang terbabit secara langsung dalam bidang hartanah. Apa pula pandangan ahli ekonomi?

Ada beberapa teori daripada pakar ekonomi yang turut menyatakan bahawa beli sahaja pada masa sekarang sekiranya rumah dan harga rumah itu disenangi oleh pembeli.

Menurut beliau lagi, walaupun harga rumah akan jatuh tetapi, kemeleseta­n akan berlaku.

Harga rumah akan jatuh teruk lagi tetapi bank akan menjadi lebih cerewet dan ini akan lebih menyukarka­n pembeli untuk mendapat kelulusan bagi pinjaman perumahan.

Secara kesimpulan­nya, untuk menyatakan bilakah masa yang paling tepat untuk membeli rumah ini adalah perkara yang sangat subjektif dan berbeza untuk setiap individu.

Apa yang paling penting ialah bakal pembeli rumah perlulah terlebih dahulu menyiapkan diri dengan ilmu hartanah serta mencari ‘tawaran’ terbaik mengikut selera dan kemampuan masingmasi­ng.

Apabila semua syarat ini dipenuhi, jawapannya adalah, beli rumah sekarang!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia