Berita Harian

Wilayah selatan catat jualan kedua tertinggi Honda

-

Wilayah selatan mencatat jualan kedua tertinggi untuk Honda Malaysia selepas Lembah Klang, dengan lebih 17,000 unit dijual, menyumbang dengan ketara kepada jumlah jualan daripada Januari hingga Oktober 2018.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Toichi Ishiyama berkata, jualan itu meningkat dua peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Setakat ini, model Honda City adalah model paling laris di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Pusat 3S Honda Yong Ming Motor di Pasir Gudang, semalam.

Sejajar dengan peningkata­n jualan, permintaan untuk khidmat selepas jualan juga meningkat sebanyak 51 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.

“Di wilayah Selatan, lebih 235,000 pengambila­n khidmat itu telah direkodkan daripada Januari hingga November 2018, peningkata­n sebanyak 13 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017,” katanya.

Ishiyama berkata, Johor dengan penduduk hampir 3.8 juta muncul antara lima negeri teratas dalam kategori pendapatan penengah (median) tertinggi.

“Ini akan menjadikan Johor pasaran yang sangat penting untuk Honda dan kami mahu mengembang­kan kehadiran kami di sini bagi memudahkan pelanggan mendapat khidmat di Pusat 3S kami.

“Kami percaya pengembang­an pengedaran di Johor akan memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan, terutama di Pasir Gudang,” katanya.

Ishiyama juga berkata, pelanggan akan menikmati jualan dan perkhidmat­an selepas jualan berkualiti tinggi di pengedar sah Honda yang lebih dekat dengan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia