Berita Harian

Public Bank rancang perluas RCB

Syarikat mahu tarik lebih ramai pelanggan segmen mewah

- Oleh Nurhayati Abllah

Public Bank Bhd (Public Bank) akan memperluas­kan perkhidmat­an segmen mewah, Perbankan Red Karpet (RCB) ke seluruh negara pada 2019 sebagai sasaran menarik lebih ramai pelanggan dalam kelompok berkenaan.

Ia juga sejajar dengan usaha bank untuk meningkatk­an pencapaian mereka mengembang­kan asas pelanggan segmen berkenaan.

Pengarah Urusan Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek, berkata setakat ini terdapat tujuh pusat RCB iaitu di Wilayah Persekutua­n, Johor dan Melaka.

“Perkhidmat­an RCB akan diperluask­an ke seluruh Malaysia pada tahun depan untuk menarik lebih ramai pelanggan mewah dan berada, selain membolehka­n lebih ramai pelanggan mendapat manfaat serta keistimewa­an RCB Bank,” katanya pada pelancaran RCB eksklusif dan kad debit PB RCB Mastercard Premier, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Public Bank, Datuk Chang Kat Kiam dan Pengurus Negara Mastercard Malaysia dan Brunei, Perry Ong.

Mengulas lanjut, Ah Lek ber kata RCB Eksklusif menawarkan pelanggan manfaat seperti deposit tetap PB RCB premier/kempen deposit bertempohi, kempen akaun semasa dan simpanan PB RCB, kempen pendaftara­n keahlian RCB dan Program Rujukan Pelanggan RCB.

Ganjaran ahli RCB

“Sempena pelancaran ini, Public Bank juga menawarkan ganjaran kepada pemegang kad debit RCB Elite dan Gold melalui tiga kempen iaitu mata ganjaran pengaktifa­n bonus sehingga 10,000 mata ganjaran VIP; pulangan tunai lima peratus bagi urus niaga dalam talian dan luar negeri serta akses percuma ke ruang istirehat Plaza Premium di Malaysia.

“Kempen berkenaan disasarkan bukan hanya bagi memberi ganjaran kepada ahli RCB tetapi juga melengkapi gaya hidup ahli yang gemar mengembara,” katanya.

Sementara itu, Ong berkata, pelancaran kad debit PB RCB Mastercard Premier dapat memenuhi keperluan segmen pelanggan terpenting di negara ini.

Pengalaman eksklusif

“Kad debit ini lebih baik daripada tunai dan kad ATM dan akan memberi pengalaman eksklusif kepada pelanggan. Ia juga membantu pemegang kad membuat pembeli an selamat dan mudah di seluruh rangkaian niaga yang menerim Mastercard di luar negara,” katanya.

Sempena pelancaran itu, turut diperkenal­kan kad debit RCB Elite dan RCB Gold yang direka khusus serta dikeluarka­n secara eksklusif untuk ahli RCB Elite dan RCB Gold Premier.

Kad berkenaan akan menjadi kad keahlian bagi ahli RCB dan membolehka­n pelanggan memperoleh mata ganjaran VIP bagi pembelian runcit.

Mata ganjaran itu boleh digunakan untuk menebus barang atau mata ganjaran Airmiles melalui Katalog PB Redemption.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] ?? Dari kiri, Ah Lek, Ong, Kat Kiam dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmat­an Runcit Kewangan Public Bank, Chan Chiew Peng pada pelancaran RCB eksklusif dan kad debit PB RCB Mastercard Premier, di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN / BH ] Dari kiri, Ah Lek, Ong, Kat Kiam dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmat­an Runcit Kewangan Public Bank, Chan Chiew Peng pada pelancaran RCB eksklusif dan kad debit PB RCB Mastercard Premier, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia