Berita Harian

TIMAH

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) susut sebanyak AS$130 kepada AS$19,020 satu tan semalam berikutan kurang permintaan serta kebimbanga­n bahawa konflik perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China akan memuncak.

Seorang peniaga berkata berita penahanan Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan Huawei, syarikat telekomuni­kasi gergasi China, di Kanada dan beliau diekstradi­si ke Amerika Syarikat (AS) atas pertuduhan melanggar sekatan ke atas Iran, telah mencetuska­n kebimbanga­n pelabur.

Harga timah tempatan juga seiring dengan prestasi dagangan semalaman Bursa Logam London (LME), yang jatuh AS$220 satu tan kepada AS$18,950 satu tan, katanya.

Peniaga berkata harga timah sentiasa dipengaruh­i oleh tembaga, dengan tembaga turut mencatatka­n aliran menurun barubaru ini, berikutan ketegangan perdaganga­n Aschina yang berlarutan.

Sewaktu ditutup, bidaan dan tawaran masingmasi­ng berjumlah 35 tan, dengan jumlah dagangan meningkat kepada 35 tan daripada 12 tan pada Khamis.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME bagi premium ialah AS$70 tan berbanding diskaun AS$20 satu tan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia