Berita Harian

RINGGIT

-

Ringgit mengakhiri hari daganganny­a minggu ini dengan ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila kebimbanga­n dalam kalangan pelabur akan pertumbuha­n perlahan ekonomi global telah meningkatk­an permintaan terhadap dolar AS, kata para peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1640/ 1680 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1620/ 1670 pada Khamis.

Seorang peniaga berkata dengan kesan positif daripada mesyuarat Kumpulan 20 (G20) semakin mereda, prospek jangka terdekat menyebelah­i dolar AS, kerana ia merupakan antara aset selamat yang popular.

“Ringgit juga menerima kesan daripada penurunan harga minyak,” katanya.

Beliau berkata ia susulan keputusan daripada mesyuarat ke175 Pertubuhan NegaraNega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) yang berakhir pada Khamis di Vienna tidak mencapai sebarang resolusi penguranga­n pengeluara­n dalam kalangan negara anggota.

Ringgit diniagakan kebanyakan­nya rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0385/ 0434 daripada 3.0362/ 0409 pada Khamis, susut berbanding euro kepada 4.7320/ 7373 daripada 4.7197/ 7262 dan berkuranga­n berbanding pound Britain kepada 5.3116/ 3184 daripada 5.3016/ 3096.

Bagaimanap­un, berbanding yen, ringgit meningkat kepada 3.6899/ 6937 daripada 3.6953/ 6007.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia