Berita Harian

SAWIT

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s ditutup bercampurc­ampur semalam berikutan kurang sokongan positif.

Seorang peniaga berkata pedagang kecewa dengan kegagalan Pertubuhan Negaranega­ra Pengekspor­t Petroleum mencapai persetujua­n untuk memotong bekalan pada mesyuarat mereka kelmarin.

“Oleh itu, data pada minggu depan amat genting, dengan stok November dijangka berada pada rekod tertinggi sejak 2015,“katanya.

Waktu ditutup semalam, Disember 2018 dan Januari 2019 masingmasi­ng menokok RM1 kepada RM1,793 satu tan dan RM1,916 satu tan, manakala Februari 2019 dan Mac 2019 masingmasi­ng merosot RM7 kepada RM1,998 satu tan dan RM2,084 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 33,315 lot daripada 49,351 lot, manakala kepentinga­n terbuka berkuranga­n kepada 278,911 kontrak daripada 294,009 kontrak sebelumnya.

Di pasaran fizikal, Disember South kekal tidak berubah pada RM1,800 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia