Berita Harian

EMAS

-

Harga emas meningkat semalam dan berada dalam landasan untuk prestasi terbaik dalam tempoh 15 minggu.

Ia berikutan prestasi dolar yang lemah disebabkan spekulasi baharu mengenai kitaran kewangan Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS).

Pasaran kini menantikan data pekerjaan bukan peladangan AS bagi mendapatka­n petunjuk mengenai tahap kesihatan ekonomi terbesar dunia itu yang boleh memberi kesan kepada polisi kewangan Rizab Persekutua­n.

Pelabur juga menantikan data penganggur­an dan data gaji AS.

Emas semerta meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,238.37 satu auns selepas hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh lima bulan iaitu AS$1,244.32 satu auns dalam sesi terdahulu.

Dengan kenaikan hampir 1.5 peratus minggu ini, emas kelihatan berada dalam landasan untuk kenaikan terbaiknya sejak 24 Ogos lalu.

Niaga hadapan emas AS juga secara marginnya meningkat kepada AS$1,243.8 satu auns.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia