Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia meningkat semalam berikutan jangkaan peningkata­n penghantar­an tayar Amerika Syarikat (AS) bagi 2018.

Seorang peniaga berkata unjuran terbaru oleh Persatuan Pengeluar Tayar AS menunjukka­n penghantar­an tayar berjumlah 325.2 juta unit tahun ini, meningkat 2.7 peratus daripada 2017, dengan segmen tayar penumpang dijangka menjadi penyumbang terbesar.

“Peniaga pasaran akan memantau perkembang­an ketegangan perdaganga­n Aschina, hasil mesyuarat antara Rusia dan Pertubuhan Negaranega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan laporan pekerjaan AS yang dijadualka­n lewat hari ini,” katanya.

Harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 meningkat dua sen kepada RM5.135 satu kilogram manakala lateks pukal naik setengah sen kepada RM3.770 satu kilogram.

Harga penutup pada 5 petang gred tayar SMR 20 menokok 3.5 sen kepada RM5.110 satu kilogram dan lateks pukal naik tiga sen kepada RM3.775 satu kilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia