MINYAK MENTAH

Berita Harian - - BISNES -

Harga minyak susut semalam berikutan perbincangan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengenai potensi untuk mengurangkan hasil bekalan bagi Iran berhadapan dengan bantahan dari Rusia.

Niaga hadapan Brent Antarabangsa susut di bawah AS$60 satu tong, didagangkan pada AS$59.53 satu tong, susut 53 sen, atau 0.9 peratus daripada penutup akhirnya.

Bagi niaga hadapan AS West Texas Intermediate (WTI) pula, ia berada pada AS$51.05 satu tong, susut 44 sen atau 0.9 peratus.

Penurunan itu berlaku selepas harga minyak susut sebanyak hampir tiga peratus pada hari sebelumnya, dengan OPEC mengakhiri mesyuarat di ibu pejabatnya di Vienna, Austria pada Khamis lalu.

Pertubuhan itu tidak mengu­ mumkan sebarang keputusan untuk mengurangkan bekalan minyak mentah.

Perbincangan juga sedang berlangsung mengenai langkah Iran mendapatkan pelepasan daripada sebarang pengurangan di tengah­tengah sekatan AS yang dikenakan terhadapnya, yang juga telah mengurangkan eksportnya, lapor delegasi OPEC kepada Reuters.

OEC juga mahu membabitkan Rusia dengan pengurangan berkenaan. Rusia berkata ia mahu mengurangkan hasil minyaknya sebanyak 150,000 tong sehari pada tahap maksimum untuk tempoh tiga bulan pertama 2019.

Penganalisis menjangka OPEC akan mengurangkan lebih banyak bekalan berbanding Rusia tetapi memberi amaran pengurangan besar­besaran juga diperlukan untuk mengundurkan kejatuhan harga kebelakangan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.