Berita Harian

Sami direman 7 hari kes bunuh anak

-

Kajang: Seorang sami dari sebuah kuil di Semenyih direman tujuh hari hingga 13 Disember ini bagi membantu siasatan kes kematian anaknya berusia 10 tahun dipercayai akibat didera.

Perintah reman dikeluarka­n Majistret Fadziatul Isma Ahmad, di sini, semalam, bagi membolehka­n siasatan dijalankan terhadap suspek berumur 43 tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek diiringi anggota polis dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan sami terbabit pada jam 9.30 pagi, kelmarin kerana disyaki mendera sehingga maut anak lelakinya itu, malah hasil saringan ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusof, dipetik sebagai berkata, pada jam 10.30 malam Rabu lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan seorang doktor Jabatan Kecemasan, Hospital Serdang, selepas menerima seorang kanak-kanak lelaki dibawa keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa cedera fizikal

Pemeriksaa­n lanjut oleh doktor mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia, selain terdapat kecederaan fizikal, iaitu kesan luka pada kepala, badan, kaki dan tangan, selain lebam di seluruh badan mangsa.

Bedah siasat mendapati punca kematian ialah akibat dipukul benda tumpul yang berganda pada badan kanak-kanak terbabit dan mayat mangsa dicam ibu serta adiknya.

 ??  ?? Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang, semalam.
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia