Penyakit kulit kronik jejas emosi penghidap
diliputi sisik sel kulit mati berwarna putih.
Ia berlaku apabila sistem imun menghantar isyarat salah yang mempercepatkan kitaran pertumbuhan sel kulit.
Tinjau selidik global oleh Novartis bertajuk Jelas Mengenai Psoriasis‘, mendedahkan hampir 40 peratus daripada penghidapnya mengalami masalah psikologi akibat penyakit kulit mereka.
Justeru, Novartis Coporation Malaysia dengan usaha sama Persatuan Psoriasis Malaysia dan True Complexion, menganjurkan Kempen Amalkan Sikap Positif dengan menampilkan lima pesakit selain Charles dan Aliff; Aktivitis Kemanusiaan, Rocyie Wong; Setiausaha Persatuan Psoriasis Malaysia, Sofia Lovi dan Patrina Tang.
Bersikap positif
Penghidap penyakit itu mendedahkan parut psoriasis yang membebankan mereka sehingga meresahkan selama bertahun-tahun.
Mereka juga menerangkan cara mengatasi masalah dan menangani keadaan, sambil terus bersikap positif sempena Hari Psoiriasis Sedunia, baru-baru ini.
Bagi Rocyie, beliau membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam sesi foto terbabit kerana tidak mahu membiarkan keadaan itu membelenggu hidupnya, selain jika dibiarkan akan membuatkan terus murung.
“Saya tidak mahu rasa malu dengan keadaan diri saya dan berhasrat untuk memberi inspirasi kepada pesakit lain supaya lebih positif dalam menangani masalah mereka juga,” katanya.
Jejaskan emosi dan fizikal
Pakar Kulit Peter Ch’ng Clinic Skin & Laser Specialist, Dr Peter Ch’ng, berkata sesetengah penghidap psoriasis mungkin merasa murung dan resah dengan keadaan mereka yang menjejaskan fizikal dan emosi.
“Kita harus sedar akan cabaran yang dihadapi penghidap dan memberikan sokongan positif kepada mereka.
“Pesakit patut berbincang dengan pakar penjagaan kesihatan dan mencari rawatan yang paling sesuai untuk merawat penyakit itu,” katanya.
Sementara itu, Sofia berkata, beliau menghidap psoriasis selama 25 tahun dan penyertaannya dalam program berkenaan untuk menggalakkan lebih ramai penghidap supaya bersikap lebih positif dan tidak malu berjumpa pakar.
“Persatuan yang ditubuhkan itu bertujuan memberikan sokongan kepada pesakit lain. Anda sentiasa digalakkan berbincang dengan doktor atau ahli dermatologi mengenai cara baharu untuk merawat penyakit,” katanya.