Berita Harian

“P

-

erkara pertama yang orang tanya apabila mereka melihat tompokan dan bersisik pada kulit saya, adakah penyakit ini berjangkit? jelas penghidap psoriasis, Charles Chandran.

Itu soalan lazim ditanya oleh sesetengah individu apabila melihat keadaan kulit Chandran yang juga usahawan. Walaupun sudah menerangka­n kepada mereka berulang kali psoriasis tidak berjangkit, masih rasa menyisihka­n diri dan teragak-agak untuk bersalam dengannya.

Seorang lagi penghidap yang juga seorang penyanyi, Aliff Azhar, berkata beliau malu tampil di tempat awam apabila kulit wajahnya ada tompokan dan bersisik disebabkan psoriasis.

“Orang ramai akan memandang wajah saya, membuatkan saya terasa seperti hendak bersembuny­i atau duduk saja di rumah serta mengelak daripada pandangan awam,” katanya.

Apa anda rasa apabila berhadapan dengan situasi itu? Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai penyakit ini?

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik. Kulit penghidap menebal lebih cepat daripada kulit yang normal. Namun, penyakit ini tidak berjangkit.

Sel kulit mati

Berdasarka­n dua kisah di atas dapat kita menggambar­kan itulah antara pengalaman yang dikongsi penghidap psoriasis, iaitu sejenis penyakit auto imun kronik yang menjejaska­n kulit dan berbentuk tompokan merah menebal serta diliputi oleh sel kulit mati berwarna putih keperangan.

Tompokan ini sering terbentuk pada kulit kepala, lutut, siku dan bahagian bawah belakang badan dengan ciri kulit bertompok yang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia