Habuk punca anak berhingus

Berita Harian - - SIHAT -

rawatan bagi mengelak penyakit lebih serius.

Pakar Otorinolaringologi (ORL), UITM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Ahmad Kusyairi Khalid, berkata situasi itu dianggap bukan perkara normal.

“Kemungkinan besar ia berlaku disebabkan penyakit dinamakan Allergic Rhinitis (Alahan Rhinitis).

Gejala penyakit adalah hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat kebiasaannya berlaku pada awal pagi.

“Jika dibiarkan berterusan tanpa rawatan, ia boleh membawa kepada gejala sinusitis (resdung),” katanya.

Beliau berkata, antara puncanya disebabkan alergan (agen penyebab alahan) atau perkara yang dihidu menyebabkan reaksi alahan.

Kebiasaannya disebabkan debu, habuk, hama dan udara sejuk atau alahan kepada makanan laut.

Langkah pencegahan

Justeru, beliau menyarankan bagi mengelakkan perkara itu, ibu bapa boleh mengambil langkah pencegahan dengan memastikan persekitaran rumah dalam keadaan bersih.

“Saya cadangkan cadar, langsir dan sofa hendak dibersihkan setiap dua minggu, Elakkan juga anak menikmati makan laut jika ia punca kepada masalah ini.

“Bagi pesakit yang berjumpa dengan pakai Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), biasanya mereka akan diberi semburan hidung (nasal spray) dan ubat anti histamine untuk mengawal masalah ini,” katanya.

Katanya, keadaan ini biasanya boleh berlaku pada kanak-kanak bermula dari seawal dua tahun hingga 12 tahun.

“Mengenai lelehan hingus jika berwarna putih ia masih belum dijangkiti bakteria.

“Bagaimanapun, apabila ia bertukar pada kuning dan hijau anda perlu berbuat sesuatu. Ia berlaku disebabkan jenis bakteria dan peringkat serangan. Kebiasaannya, hingus dengan warna kehijauan akan dialami sebelum pesakit sembuh,” katanya.

Kanak kanak selesema akan sukar tidur. Jadi, cuba tinggikan kepala bayi supaya pernafasan lebih lancar dan selesa.

Kanak kanak selesema akan sukar tidur. Jadi, cuba tinggikan kepala bayi supaya pernafasan lebih lancar dan selesa.

Buat ujian alerik

Beliau berkata, rawatan terbaik adalah dengan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor apabila melihat situasi ini berlaku kepada anak.

“Pemeriksaan biasanya dilakukan untuk melihat keadaan dalam hidung. Ia untuk memastikan penyebabnya bukan perkara lain seperti benda asing dalam bidang (biasanya kerap terjadi pada kanak-kanak) ataupun sebarang ketumbuhan.

“Apabila sudah pasti ia alahan rhinitis, rawatan untuk mengawal penyakit menggunakan semburan hidung dan juga ubat anti histamine,” katanya.

Katanya, 80 peratus punca situasi ini disebabkan habuk, debu atau hama dan selebihnya mungkin disebabkan bulu kucing dan makanan laut.

“Jika mahu mengetahui punca sebenar keadaan ini, ujian kulit untuk setiap alergen perlu dilakukan untuk melihat sebab utama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.