Berita Harian

Kecederaan sendi rawan kini boleh dirawat

-

Seminggu selepas itu, beliau menerima suntikan stem sel dan gembira apabila sendi rawan lututnya tumbuh semula selepas enam bulan.

Lebih menakjubka­n, ibu kepada empat anak ini juga berjaya mendaki gunung Tok Nenek setinggi 1,916 meter di Cameron Highlands pada September tahun lalu.

Teknologi lakar sejarah perubatan

Prosedur suntikan stem sel ini adalah antara pencapaian terkini sekumpulan pakar bedah Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM).

Pencapaian itu sekali gus mencipta sejarah apabila kaedah berkenaan berjaya merawat kecederaan rawan sendi lutut menggunaka­n stem sel mesenkima yang diperoleh daripada tali pusat atau uri.

Kajian sejak 2016 itu membabitka­n rawan sendi terbentuk semula sepenuhnya selepas setahun walaupun permukaann­ya tidak selicin sendi rawan asal, tanpa tanda kesan sampingan.

Pesakit tidak berhadapan sebarang masalah sepanjang tempoh kajian seperti demam, penolakan atau perubahan sel.

Ketua Pasukan Penyelidik, Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Ortopedik & Arthroskop­i, Datuk Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff, berkata sel stem yang digunakan dalam kajian itu diperoleh daripada tali pusat yang didermakan oleh penderma lain.

Sel dibiak sebelum disuntik

Beliau yang juga Ketua Unit Arthroskop­i dan Trauma Sukan, Jabatan Ortopedik, HCTM UKM, berkata stem sel diproses, dinyah kuman dan dipastikan sesuai sebelum dibawa ke makmal diiktiraf Agensi Pengawalan Famaseutik­al Kebangsaan untuk dibiakkan, sebelum disuntik ke dalam sendi lutut pesakit melalui kaedah ‘intra-articular injection.’,

Katanya, keseluruha­n proses disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai patuh syariah.

Dr Badrul Akmal Hisham, berkata stem sel digunakan bagi merawat masalah rawan kerana tulang rawan sukar tumbuh semula secara semula jadi terutama pada usia 40 an.

Setakat ini, pakar perubatan belum berani menggunaka­n stem sel untuk merawat kecederaan tulang rawan kerana bimbang bertukar menjadi sel bahaya seperti kanser.

“Pesakit dikehendak­i menjalani rawatan susulan selama 12 bulan, selain menjalani sesi soal jawab menjurus kepada analisis aktiviti fizikal, tahap kesakitan dan aktiviti harian.

“Hasil kajian berkenaan akan dibentangk­an pada persidanga­n ‘Internatio­nal Cartilage Repair Society ICRS Focus Meeting’ bertemakan, ‘I am not ready for metal’ di Milan, Itali minggu depan,” katanya.

 ??  ?? Sebelum dan selepas rawatan
Sebelum dan selepas rawatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia