AS gagal raih sokongan di PBB

Pelan damai Asia Barat dibantu Washington bakal didedahkan awal 2019

Berita Harian - - DUNIA -

Cubaan Amerika Syarikat (AS) mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) bagi mengutuk keganasan dilakukan kumpulan pejuang Palestin, Hamas buat kali pertama, gagal kelmarin berikutan undian tidak mencukupi dalam Perhimpunan Agung.

Draf resolusi itu memerlukan dua pertiga sokongan, walaupun tidak diikat, ia memberi impak politik. Cadangan AS itu menerima 87 undian menyokong, 58 menentang, 32 berkecuali dan 16 negara tidak mengundi.

Dalam prosedur terdahulu dipohon Kuwait bagi pihak negara Arab berhubung ‘perlindungan’ terhadap orang awam Palestin, badan 193 anggota itu memperoleh undian 75 menyokong termasuk negara Kesatuan Eropah (EU), 72 menentang dan 26 berkecuali.

AS menang sokongan penting daripada EU dengan semua 28 negara menyokong langkah itu yang mengecam Hamas kerana melancarkan roket ke dalam Israel dan menuntut tamatnya keganasan. EU seperti AS, menganggap Hamas kumpulan pengganas.

Perhimpunan Agung itu juga menerima dengan margin besar 156 sokongan berbanding enam menentang dengan 12 berkecuali, satu draf Palestin, dibentangkan Ireland, menggesa ‘pencapaian tanpa lengah, satu perdamaian komprehensif, adil dan berkekalan di Asia Barat’ berdasarkan resolusi PBB.

AS, Israel, Australia, Liberia, Kepulauan Marshall dan Nauru mengundi menentang langkah itu.

Duta AS ke PBB yang bakal melepaskan jawatannya, Nikki Haley menulis kepada negara anggota Isnin lalu, menggesa mereka mengunding menyokong draf teks dikemukakan negaranya memberi amaran: “AS mengambil kira hasil undian ini secara serius.”

Palestin putuskan hubungan

Haley, yang akan meletak jawatan hujung tahun ini adalah pembela kuat Israel.

“Sebelum Perhimpunan Agung secara sah menyokong kompromi dan penyatuan antara Palestin dan Israel, ia perlu pada rekod, secara sebulat suara dan tanpa syarat, mengutuk keganasan Hamas,” katanya sebelum undian.

Kekalahan AS dalam Perhimpunan Agung berlaku ketika pentadbiran Presiden Donald Trump bersedia mendedahkan cadangan damai ditunggu-tunggu, kemungkinan bulan pertama tahun depan.

Palestin memutuskan hubungan dengan pentadbiran Trump sejak keputusan memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis setahun lalu dan mengisytiharkannya sebagai ibu kota Israel.

Pegawai Hamas, Sami Abu Zuhri memberitahu Reuters, ‘menolak draf resolusi Amerika yang menolak tentangan itu memberi tamparan terhadap pentadbiran AS dan mengesahkan kesahihan perjuangan kami.’

Duta Israel ke PBB, Danny Danon berkata, negara yang menolak draf

Draf resolusi kecam Hamas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.