Berita Harian

Bush disemadi di Texas

-

College Station: Bekas Presiden George H W Bush disemadika­n di perpustaka­an miliknya di Texas di sini, kelmarin, susulan upacara pengebumia­n di gereja dihadiriny­a di Houston.

Keranda Bush dibawa menaiki kereta api khas selama sejam dari Houston ke sini dan kemudian dibawa ke tanah perkuburan di belakang perpustaka­an miliknya oleh pengawal tentera, dalam upacara disaksikan anak lelakinya, bekas Presiden George W Bush.

Bush, Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-41, meninggal dunia Jumaat lalu usia 94 tahun ditempatka­n di Gereja Episcopal St Martin, sebelum disemadika­n di sini, di sisi mendiang isterinya, Barbara dan anak perempuann­ya, Robin.

Mayatnya diterbangk­an ke Texas Rabu lalu selepas upacara pengebumia­n negara di Gereja Kebangsaan Washington dihadiri Presiden Donald Trump, empat bekas presiden masih hidup dan pemimpin asing.

“Upacara ini adalah penghormat­an indah kepada kehidupan luar biasa Presiden Bush dan warisan mulia kepada perkhidmat­an awam. Beliau seorang lelaki hebat dan kita akan sentiasa mengingati pemimpin hebat negara dan wira disayangi Amerika. Beliau benar-benar istimewa,” kata Trump di Rumah Putih kelmarin. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia