Berita Harian

Klopp sangsi kekuatan pemain

Liverpool dijangka rombak lagi apabila berkunjung ke Bournemout­h

-

Naby Keita sudah mula menunjukka­n dia boleh menambah kreativiti dalam pemain tengah Liverpool, namun Jurgen Klopp mungkin mempersoal­kan kekuatan skuadnya walaupun sudah memastikan dua kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam empat hari.

Klopp tampak akan mengubah pilihan utamanya menentang kelab Bournemout­h di sini, jam 8.30 malam ini waktu Malaysia, selepas sedikit tuah Rabu lalu apabila menang 3-1 di Burnley selepas membuat tujuh perubahan dalam kesebelasa­n utama.

Banyak perubahan

Ada beberapa sebab yang bagus untuk melakukan banyak perubahan – pertemuan menjadi panas pada saingan dramatik Ahad lalu ketika mengatasi Everton, pada permulaan bulan yang sibuk ketika mereka akan berdepan Napoli, Manchester United dan Arsenal.

Sebagai tambahan, pertahanan, Andy Robertson dan penyerang, Sadio Mane cedera, dan Klopp perlu menggilirk­an pemainnya walaupun dia tampak tidak suka melakukann­ya.

Begitupun Liverpool tidak begitu menyerlah pada sejam pertama di Turf Moor berdepan lawan yang tanpa kemenangan sejak 30 September, dan hanya menukar perlawanan pada 30 terakhir apabila Klopp memasukkan Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Ia adalah bukti betapa penting Salah, Firmino dan Sane kepada Liverpool walaupun mereka tidak berada pada tahap terbaik musim ini.

Ketika Liverpool bergelut pada Rabu, persembaha­n Keita membuatkan Klopp lebih positif.

Impak dihadirkan pemain tengah Guinea itu dihalang kecederaan sejak tiba dari RB Leipzig pada Julai tetapi dia semakin serasi dengan gaya permainan di England.

Kreativiti miliknya tampak menjadi penting selepas Liverpool kekurangan pemain seperti itu sejak pemergian Philippe Coutinho ke Barcelona pada Januari dan kerana kecederaan lutut berpanjang­an dialami Alex Oxlade-chamberlai­n pada April.

“Dia memulakan musim dengan baik tetapi kerana kecederaan, dia agak lewat sedikit. Tetapi anda boleh lihat betapa bagusnya dia,” kata kapten, Jordan Henderson.

 ??  ?? Keita (kanan) sandaran Liverpool bertemu Bournemout­h malam ini.
Keita (kanan) sandaran Liverpool bertemu Bournemout­h malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia