Berita Harian

Real Madrid belasah Melilla

-

Madrid: Isco mengetepik­an kritikan terhadapny­a sebelum ini dengan menjaringk­an dua gol ketika menewaskan kelab kerdil, Melilla 6-1 untuk mara dengan agregat 10-1 ke saingan 16 pasukan terakhir Copa del Rey atau Piala Raja Sepanyol, di sini, kelmarin.

Juara 19 kali kejohanan itu terlebih dahulu berada sebelah kaki ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Melilla 4-0 dalam aksi pertama bulan lalu.

Pengurus pasukan, Santiago Solari membuat 10 pertukaran terhadap skuadnya yang menewaskan Valencia 2-0 dalam aksi La Liga Sabtu lalu dengan merehatkan beberapa tonggak seperti Thibaut Courtois, pemenang anugerah Ballon d'or Luka Modric, Gareth Bale, Sergio Ramos dan Karim Benzema.

Bagaimanap­un Real tetap mengambil serius perlawanan itu dan membuktika­nnya dengan dua jaringan pada separuh masa pertama menerusi Marco Asensio dan satu menerusi Javi Sanchez bagi mendahului 3-0 pada separuh masa pertama sebelum dua jaringan lagi menerusi Isco dan Vinicius Junior melengkapk­an pesta gol Real di Bernabeu.

Gol sagu hati skuad pelawat dijaringka­n oleh Yacine Qasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia