Berita Harian

Ozil dijangka tersisih lagi

-

London: Mesut Ozil terlepas empat aksi Arsenal baru-baru ini dan dia mungkin sekali lagi tidak akan bersama The Gunners ketika melayan kunjungan Huddersfie­ld, jam 11 malam ini waktu Malaysia.

Pemain tonggak berusia 30 tahun itu mengalami masalah di bahagian belakang badan dan pengurus pasukan, Unai Emery memberi bayangan yang dia mungkin melepasi tahap kecergasan sekiranya hadir sesi bersama fisioterap­i tanpa sebarang kecederaan.

“Pemain Jerman itu dilihat menjalani latihan di padang kelmarin ‘berlari dan mengawal bola’,” kata Emery dalam satu sidang media.

Namun, andai Ozil diberi lampu hijau untuk kembali, tidak ada jaminan yang Emery akan menyenarai­kan pemain termahal kelab itu, biarpun di bangku simpanan.

Sukar cipta kejuaraan

Emery seakan sudah memutuskan mampu mencetuska­n sesuatu tanpa bekas pemain Jerman itu dalam merombak skuad yang seperti sukar untuk mencipta kejuaraan di bawah kendalian Arsene Wenger, sebelum ini.

Pengendali dari Perancis itu menjadi punca kepada gandaan bayaran sebanyak £350,000 (RM1.8 juta) seminggu, kontrak lanjutan tiga tahun buat Ozil hanya tiga bulan sebelum meletak jawatan selaku pengurus.

Ketiadaan Ozil dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan menentang Bournemout­h 25 November lalu adalah satu isyarat jelas yang tidak dapat dinafikan daripada pandangan dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia