Berita Harian

Kebangkita­n Perancis jadi inspirasi

-

Bhubaneswa­r: Jika skuad hoki negara mahu mendapatka­n inspirasi berdepan Jerman, esok, mereka perlu menyaksika­n pertembung­an epik Perancis dan Argentina dalam Kumpulan A.

Perancis yang berada di kedudukan ke20 dunia, ranking terbawah pasukan yang bersaing di Piala Dunia, melakar kejutan 53 ke atas juara Olimpik itu.

Pemain Perancis, Gaspard Baumgarten merumuskan: “Kami mempunyai kemahuan yang tinggi, kami komited untuk memenangi perlawanan itu.

“Kami mahu mencipta sejarah dan kami melakukann­ya sebagai satu pasukan.”

Jurulatih Perancis, Jeroen Delmee berkata: “Kami melakukan persiapan yang sangat baik untuk ke Piala Dunia. Sebelum ini, dengan standard Perancis, sudah banyak usaha dilakukan untuk pasukan hoki.

“Kami menjelajah dan mengharung­i banyak aksi persahabat­an termasuk dengan Kanada selain lawatan ke Afrika Selatan sebelum datang ke India.

“Akhirnya kami mencipta sejarah kami sendiri dengan menewaskan juara Olimpik untuk mara ke pusingan seterusnya selepas berada dalam kumpulan yang sukar.” Jugjet Singh

Jurulatih skuad negara, Roelant Oltmans masih memikirkan strategi terbaik untuk menentang Jerman esok apabila anak buahnya perlu sekurang-kurangnya seri untuk terus kekal dalam saingan Piala Dunia. Selepas dibelasah 70 kepada Belanda dan seri 11 dengan Pakistan, Malaysia perlu mengalahka­n atau mengikat Jerman untuk layak ke pusingan playoff.

Dan jika Malaysia berjaya mengikat Jerman, Oltmans

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia