Berita Harian

MB Perak dipilih terajui PAFA

- Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dipilih sebulat suara sebagai Presiden baharu Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) pada Kongres Luar Biasa (EGM) PAFA di sini, kelmarin.

Beliau menggantik­an Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembanguna­n Koperasi negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mengumumka­n peletakkan jawatannya.

EGM itu juga sebulat suara memilih Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman sebagai timbalan presiden baharu bagi menggantik­an Datuk Adly Shah Ahmad Tah yang turut meletakkan jawatan sebelum ini.

Sebelum ini, PAFA bagaikan hilang nakhoda selepas Hasnul mengumumka­n peletakan jawatan pada 8 November susulan tindakanny­a mencetuska­n kemarahan penyokong apabila mengendali­kan trofi Piala Malaysia yang dimenangi pasukan Perak, 27 Oktober lalu.

Tidak menghormat­i trofi

Beberapa keping gambar yang dimuat naik Hasnul di media sosial miliknya membuatkan peminat mengandaik­an beliau tidak menghormat­i trofi berprestij itu sehingga dikecam peminat seluruh negara malah dikritik oleh bekas pemain Perak sendiri.

Ahmad Faizal yang ditemui pada sidang media selepas EGM itu turut mengumumka­n pelantikan Adly Shah sebagai pengurus pasukan musim hadapan.

Menurutnya, beliau mengharapk­an kerjasama daripada semua pihak untuk bersama-sama membawa pasukan mencapai kegemilang­an pada musim hadapan.

Ditanya mengenai persiapan pasukan, beliau berkata, beberapa perkara akan dimuktamad­kan selepas ini dan pihaknya merancang untuk mengadakan majlis memperkena­lkan pemain musim 2019 pada 20 Januari ini.

“Majlis itu kita rancang untuk diadakan di lokasi terbuka seperti stadium dan ia akan diadakan secara besar-besaran termasuk dengan konsert sekali.

Dapat tajaan

“Selain itu, kita juga mendapat beberapa tajaan namun sudah membuat keputusan tidak akan meletakkan mana-mana logo syarikat pada jersi pasukan, cuma kita akan letakkan logo Visit Perak dan satu logo lain difikirkan sesuai,” katanya.

Pada EGM itu juga, Ahmad Faizal menerima sumbangan tajaan kepada PAFA oleh Kl Teh Land and Developmen­t Sdn Bhd sebanyak RM1 juta yang disampaika­n Pengarah Urusannya, Teh Kok Lim.

 ?? [FOTO IHSAN PAFA] ?? Ahmad Faizal (tiga dari kanan) menerima cek daripada Teh Kok Lim untuk kempen Liga Malaysia 2019, di Ipoh, kelmarin.
[FOTO IHSAN PAFA] Ahmad Faizal (tiga dari kanan) menerima cek daripada Teh Kok Lim untuk kempen Liga Malaysia 2019, di Ipoh, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia