Berita Harian

Rajagobal tabik pencapaian Cheng Hoe

-

Kuala Lumpur: Bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal mengakui berbangga dengan bekas pembantuny­a yang juga pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe apabila berjaya membuatkan skuad Harimau Malaya kembali ‘mengaum’ pada pentas antarabang­sa.

Malaysia bakal membuat perhitunga­n bagi merebut gelaran ‘Raja Asia Tenggara’ menentang Vietnam dengan aksi final pertama berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini sebelum aksi kedua di Hanoi pada 15 Disember.

Cheng Hoe yang menjadi pembantu kepada Rajagobal pada 2009 hingga 2013 sebelum ini turut menjadi antara tulang belakang yang membantu skuad negara meraih gelaran sulung AFF pada 2010.

“Saya percaya dia membimbing pasukan dengan baik. Kita memiliki peluang cerah untuk kembali menjadi juara. Saya berpendapa­t dia individu yang tepat untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaa dan pujian wajar diberikan kepadanya.

Lonjak motivasi pemain

“Saya begitu berbangga dengan apa dilakukan olehnya dan dia melakukan kerja yang baik untuk Malaysia dan juga penyokong,” katanya.

Bagaimanap­un, Rajagobal menegaskan dia tidak mempunyai sebarang nasihat yang boleh diberikan kerana yakin Cheng Hoe tahu apa yang perlu dilakukan oleh beliau.

“Saya rasa Cheng Hoe tahu untuk pergi ke sana, beraksi dengan baik, nikmati detik ini untuk satu lagi halangan terakhir.

“Dia tahu cara untuk memotivasi­kan pemain. Jadi, sebab itulah semangat pemain sentiasa melonjak, pemain kekal fokus dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi mengharung­i aksi final,” katanya.

 ??  ?? K Rajagobal
K Rajagobal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia