Berita Harian

Buktikan gelanggang keramat

-

Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 selepas mengetepik­an cabaran Thailand di separuh akhir. Pada aksi final itu nanti Malaysia sekali lagi akan bertemu Vietnam yang layak selepas menewaskan Filipina.

Aksi pertama perlawanan akhir itu nanti bakal dilangsung­kan di Stadium Nasional Bukit Jalil, gelanggang keramat Harimau Malaya tanggal 11 Disember. Lazimnya, perlawanan sebesar ini pasti akan membuatkan setiap sudut stadium bakal dipenuhi penyokong dengan warna hitam kuning.

Pentas perlawanan akhir ini juga penting bagi buat skuad negara untuk membalas dendam kekalahan 0-2 di tangan lawan yang sama pada aksi peringkat kumpulan di Stadium My Dinh, Hanoi 16 November lalu.

Penulis yang turut sama berada di Stadium My Dinh dalam perlawanan itu menyaksika­n bagaimana pemain Harimau Malaya menguasai perlawanan. Tetapi nasib tidak menyebelah­i kita kerana dibolosi lawan dua kali hasil dari kesilapan dibahagian pertahanan.

Peluang cerah

Sesungguhn­ya peluang Malaysia untuk menang di Bukit Jalil adalah cerah. Vietnam yang turun sehari lewat menentang Filipina pastinya didalam keadaan keletihan manakala skuad negara pula mempunyai rehat sehari.

Beraksi di gelanggang sendiri dihadapan lebih 85,000 penyokong pastinya kelebihan terbesar buat skuad negara. Lautan hitam kuning serta sorakan padu penyokong sudah pasti akan menggamatk­an suasana, memberikan motivasi tambahan kepada pemain serta menggerunk­an lawan.

Kita sudah buktikan sebelum ini pada perlawanan menentang Myanmar dan Thailand, betapa ‘kandang’ harimau pasti akan mendatangk­an mimpi ngeri kepada setiap lawan.

Perlawanan menentang Vietnam itu nanti adalah aksi final keempat buat Malaysia sepanjang sejarah kejohanan Piala AFF. Ironinya, baik Malaysia ataupun Vietnam, masing-masing mengejar kejuaraan kedua.

Prestasi meningkat

Penulis sudah menyaksika­n semua perlawanan yang membabitka­n skuad negara pada kempen Piala AFF 2018. Dari pemerhatia­n penulis, persembaha­n skuad kendalian Tan Cheng Hoe semakin meningkat dari perlawanan ke perlawanan.

Momentum ini pasti akan diteruskan pada aksi final timbal balik pertama di Bukit Jalil.

Sebagai penutup, Harimau Malaya harus menggunaka­n segala kelebihan beraksi digelangga­ng sendiri pada aksi Selasa nanti. Pemain harus berusaha menjaringk­an gol sebanyak yang boleh tanpa dibolosi bagi memastikan bekalan selesa ketika bertandang ke Hanoi. Selamat maju jaya Harimau Malaya.

 ??  ?? Mohd Fariq Sumairi
Mohd Fariq Sumairi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia