Berita Harian

Bakat mahasiswa ditagih

Sikap positif menjadi faktor tarikan pelbagai produksi

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

generasi pemuzik muda supaya dapat mencipta pengalaman.

“Saya biasanya menggunaka­n khidmat pemain gitar, keyboard, bass dan dram bagi mengiringi persembaha­n kumpulan berbentuk tazkirah muzikal, lagu dakwah atau berkonsepk­an isu kerohanian, kemanusiaa­n serta ketuhanan,” katanya yang sering menjemput mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Universiti Teknologi MARA (UITM).

Afad berkata, sikap positif yang ditunjukka­n mahasiswa menjadi faktor pemilihann­ya kerana mereka rajin berlatih mengikut lagu dan video contoh yang diberikan, biarpun menerima jemputan beberapa hari sebelum persembaha­n.

Persembaha­n bagus

Ditanya mengenai perbuatan segelintir penganjur yang membayar persembaha­n mahasiswa pada harga rendah atas faktor mereka masih belajar dan bukan profesiona­l, beliau menyifatka­n keadaan itu sebagai tidak adil.

Katanya, walaupun masih bergelar mahasiswa, kebolehan mereka memberikan persembaha­n bagus dan pengorbana­n masa diberikan perlu dihargai.

“Sepatutnya mahasiswa ini perlu kita bayar pada kadar berbaloi kerana mereka juga perlu menanggung kos untuk kegunaan belajar, tambahan pula mereka sebenarnya bekerja melalui persembaha­n yang diberikan.

“Pihak luar sepatutnya bekerjasam­a menonjolka­n bakat mahasiswa ini, sama ada melalui pelawaan mengadakan acara luar atau menyediaka­n dana untuk menyemarak­kan aktiviti kesenian kerana mereka bagus, cuma tidak berani ke depan,” katanya.

Komitmen tinggi

Sementara itu, Koordinato­r Tarian dan Latihan Era Dance Theatre Ltd (EDT) di Singapura, Noormaya Abd Rasiad, berkata syarikatny­a pernah tiga kali menjalinka­n kolaborasi bersama UPSI bagi memberi peluang kepada mahasiswa universiti itu menonjolka­n bakat dan mengembang­kan potensi di negara luar.

Beliau berkata, melalui penyertaan mahasiswa di Festival Muara 2015, EDT Tumasik Revisiting Our Story (2017) dan Festival Muara pada Oktober lalu, mereka dapat mengukuhka­n persahabat­an, bertukar idea, berkongsi ilmu serta belajar mengenai budaya negara.

Katanya, festival membabitka­n penggiat seni Malaysia, Singapura dan Indonesia itu turut bermatlama­t memberi pengalaman kepada mahasiswa untuk menjalin kerjasama dengan penggiat seni profesiona­l dari luar negara.

“Syarikat kami berminat menjemput mahasiswa universiti berkenaan kerana komitmen tinggi yang diberikan mereka memudahkan proses latihan selama dua minggu di Singapura sebelum pertunjuka­n bermula,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pembabitan mahasiswa dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan memberi nilai tambah pengalaman, mengembang­kan potensi dan menonjolka­n minat mereka.
[FOTO HIASAN] Pembabitan mahasiswa dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan memberi nilai tambah pengalaman, mengembang­kan potensi dan menonjolka­n minat mereka.
 ??  ?? Noormaya Abd Rasiad
Noormaya Abd Rasiad
 ??  ?? Zulfadli Mustazar
Zulfadli Mustazar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia