Berita Harian

Rahim mahu jumpa dua bekas KM

-

Ayer Keroh: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang mengumumka­n keluar UMNO semalam dan memohon menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), mahu bertemu dua lagi bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron untuk menjelaska­n hala tuju BERSATU.

“Saya mahu jumpa Tan Sri (Mohd) Ali dan Datuk (Seri) Idris, nak bermuzakar­ah mengenai perkara ini. Insya-allah dalam tempoh terdekat ini,” katanya sebelum menyerahka­n borang keahlian BERSATU kepada Ketua Pimpinan BERSATU negeri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, semalam.

Jelajah seluruh negara

Rahim, 68, turut mengumumka­n gerakan ‘Hijrah Politik’ yang akan menjelajah seluruh negara bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkembang­an isu semasa di negara ini.

Pada majlis itu, Rahim turut menyerahka­n lebih 100 borang permohonan keahlian BERSATU kepada Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti berkenaan.

Yang turut hadir, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab Karim Sulaiman.

Ditanya sebab beliau meninggalk­an UMNO yang disertainy­a lebih 40 tahun lalu,, Rahim memberi alasan perjuangan parti berkenaan ketika ini sudah jauh terpesong, tidak lagi seperti zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia