Berita Harian

‘Ada pihak lagakan saya, Tun’

Anwar tetap sokong kepemimpin­an, usaha PM jayakan agensi reformasi

-

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim, Petah Wazzan Iskandar, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Luqman Arif Abdul Karim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa ada pihak tertentu cuba menimbulka­n prasangka dan melaga-lagakan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tindakan beberapa ahli Parlimen parti meninggalk­an UMNO, baru-baru ini.

Malah, Anwar menyifatka­n perbuatan itu sebagai usaha merenggang­kan hubunganny­a dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Ada yang cuba menimbulka­n syak wasangka antara saya dan Dr Mahathir, dengan matlamat mahu menggugat keharmonia­n hubungan baik kami.

“Saya akan terus menyokong usaha dan kepemimpin­an Dr Mahathir. Saya komited untuk terus bekerja rapat bersama beliau bagi menjayakan agenda reformasi yang dipersetuj­ui bersama.

“Pakatan Harapan (PH) sudah diberi mandat untuk memacu perubahan ke arah pentadbira­n kerajaan yang menentang rasuah dan sentimen perkauman sempit,” katanya dalam kenyataan media menerusi akaun Twitter rasminya, malam tadi.

Bangunkan ekonomi

Anwar berkata, tumpuan kini terarah terhadap usaha membangunk­an ekonomi dan meringanka­n beban rakyat, terutama dalam kalangan golongan berpendapa­tan rendah.

Di semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) perlu cermat ketika menerima kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO bagi memastikan ‘kemarahan rakyat’ tidak berpindah kepada kerajaan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO itu boleh memberi kesan positif atau negatif, namun ia sama sekali tidak menjejaska­n kerjasama dalam PH.

“Tindakan menerima seseorang

Pokok Sena,

pemimpin lawan ataupun Ahli Parlimen tertentu ke dalam PH boleh mengundang kemarahan rakyat, maka ia perlu dinilai sebaik mungkin.

“Bagaimanap­un, setahu saya kebanyakan mereka (Ahli Parlimen) yang baru mengumumka­n keluar UMNO, masih belum diterima ke dalam manamana parti dalam PH kerana kita mempunyai garis panduan ditetapkan Majlis Presiden PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program jualan rakyat Parlimen Pokok Sena, semalam.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata kemasukan bekas pemimpin UMNO dalam PH disifatkan sebagai pengkhiana­tan terhadap mandat yang diberikan rakyat kepada gabungan itu.

Beliau berkata, tindakan menerima wakil rakyat parti lawan itu ibarat menghina ahli dan penyokong yang selama ini setia terhadap perjuangan mereka.

“Pengkhiana­tan terhadap mandat yang diberikan pada 9 Mei lalu adalah penghinaan kepada mereka yang setia terhadap perjuangan.

“Parti kami juga pernah berdepan situasi tidak menentu akibat pengkhiana­tan, sudah tentu tidak sesekali mahu kesakitan itu berulang sekali lagi untuk pihak lain,” katanya.

DAP enggan bekerjasam­a

Sementara itu, BERNAMA melaporkan, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo sebagai berkata, parti itu membuat keputusan muktamad tidak bekerjasam­a dengan UMNO.

Beliau berkata ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rakyat sendiri menolak parti itu dengan hasrat untuk membina Malaysia Baharu.

“Mereka (UMNO) sudah pun menentang kami habis-habisan dalam PRU-14. Kami sudah meminta rakyat menolak mereka dan rakyat sudah pun menolak mereka dengan hasrat membina Malaysia Baru.

“DAP tidak akan bekerjasam­a dengan UMNO. Muktamad. Kami tidak seharusnya bekerjasam­a dengan mereka,” katanya dalam catatan di Facebook beliau, semalam.

 ??  ?? Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia