Berita Harian

Parti perlu agresif tawan undi Melayu

-

Ipoh: Parti Amanah Negara (AMANAH) perlu bergerak lebih agresif untuk menawan hati pengundi Melayu khususnya ahli UMNO yang mula meninggalk­an parti itu, kata Pengarah Pilihan Raya parti, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli.

Bagaimanap­un, beliau yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan berkata, parti itu perlu menolak sekeras-kerasnya politik perkauman yang menjadi pendekatan populis semata-mata untuk menarik pengundi Melayu.

“Kita boleh bergerak ke pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita rasa suasana politik sudah berubah. Pembubaran UMNO semakin menjadi nyata, mungkin akan ada faedah daripada kejatuhan UMNO, tetapi kita harus ambil pendekatan segera untuk tawan undi yang lari daripada UMNO.

Jangan sentuh isu perkauman, agama

“Jangan mengambil isu perkauman atau agama untuk menawan orang Melayu, pengundi Melayu. Pendekatan diambil harus menunjukka­n kejayaan sebuah pemerintah­an iaitu kehidupan akan jadi selesa, rakyat tidak gelisah dan masa depan terbuka,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penangguha­n dan penggulung­an pada Konvension­al AMANAH Nasional 2018 di sini, semalam.

Mengulas kejayaan AMANAH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mohd Hatta berkata, ia satu proses berliku, namun keyakinan untuk menang diambil melalui pendekatan bersama dalam Pakatan Harapan (PH).

“Kita bertanding 34 Parlimen, 11 menang iaitu 32 peratus dan ini kira gagal. Jadi, saudara sekalian jika hendak menuntut pengarah pilihan raya letak jawatan, kita akan pertimbang­kan.

“Di Dewan Undangan Negeri (DUN), 34 kerusi menang daripada 110 yang bertanding iaitu 31 peratus menang. Jadi, kiranya gagal, saya akan minta semua pengarah pimpinan negeri letak jawatan,” katanya dalam nada seloroh dan disambut sorakan perwakilan.

Beliau berkata, pada PRU-14, PH secara keseluruha­nnya mencatat undi Melayu tertinggi di Selangor iaitu 39 peratus dan terendah di Terengganu iaitu tujuh peratus.

Pendekatan diambil harus menunjukka­n kejayaan sebuah pemerintah­an iaitu kehidupan akan jadi selesa, rakyat tidak gelisah dan masa depan terbuka” Dr Mohd Hatta Md Ramli, Pengarah Pilihan Raya AMANAH

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia