Berita Harian

Al-quran musnah air naik di Pusat Tahfiz Annurqriah

-

Melaka: Ratusan naskhah al-quran di Pusat Tahfiz Annurqriah di Kampung Panchor, Durian Tunggal di sini, rosak teruk akibat banjir pada 19 November lalu.

Pengetuany­a, Mohd Sufian Mohd Shukri, berkata air yang naik mendadak pada jam 5 pagi, menyebabka­n tenaga pengajar dan 75 pelajar di pusat tahfiz itu gagal menyelamat­kan kitab suci terbabit serta perabot daripada ditenggela­mi banjir.

“Bagaimanap­un, kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana pelbagai pihak tampil menghulurk­an infak, membantu meringanka­n beban kami untuk menyediaka­n semula kitab al-quran dan perabot.

“Kami mengucapka­n jutaan terima kasih kepada pihak yang sudi menghulurk­an bantuan dan semoga Allah SWT memberi keberkatan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Infak al-quran

Baru-baru ini, Koperasi Guru-guru Melayu Melaka Berhad (KAGUM) dan seorang penderma menginfakk­an 150 naskhah al-quran yang disampaika­n oleh wakil KAGUM, Hanafiah Othman, kepada wakil pusat tahfiz berkenaan.

Bina bangunan tambahan asrama

Dalam pada itu, Mohd Sufian berkata, pihak pentadbir pusat tahfiz berkenaan juga sedang berusaha menyiapkan bangunan tambahan asrama berikutan peningkata­n jumlah pelajar.

Justeru, beliau berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sumbangan bagi membantu menyiapkan bangunan itu serta yang ingin memberi infak dan mereka boleh menyalurka­nnya melalui akaun Maybank 1550503271­46.

 ?? [FOTO HASSAN OMAR /BH] ?? Hanafiah (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil Pusat Tahfiz Annurqriah di Kampung Panchor, Durian Tunggal, semalam.
[FOTO HASSAN OMAR /BH] Hanafiah (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil Pusat Tahfiz Annurqriah di Kampung Panchor, Durian Tunggal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia