Berita Harian

NIOSH, IOSH bekerjasam­a

-

Bintulu: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bekerjasam­a dengan sebuah badan kesihatan pekerjaan antarabang­sa, Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (IOSH) yang berpangkal­an di United Kingdom.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerjasama itu akan membabitka­n peningkata­n tahap profesiona­lisme dalam pelbagai program latihan berkaitan, khusus ke arah meningkatk­an tahap profesiona­lisme dan kecekapan dalam sektor pekerjaan di Malaysia.

NIOSH menandatan­gani memorandum kerjasama (MOC) dengan IOSH pada Persidanga­n Tahunan Organisasi Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Asia Pasifik Ke-33 (APOSHO33) di Hong Kong baru-baru ini.

47,000 ahli

IOSH sebuah organisasi profesiona­l keselamata­n dan kesihatan pekerjaan terbesar di dunia, dengan memiliki kira-kira 47,000 ahli di lebih 130 negara.

“Malah, kerjasama ini turut membabitka­n program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), terutama bagi merintis teknologi yang sesuai diguna pakai dalam aspek pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Lam Thye berkata, inisiatif itu turut memberi manfaat kepada Sarawak kerana NIOSH akan mengundang pakar IOSH menyertai program seminar berkaitan ke negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia