Berita Harian

GETAH

-

Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksika­n dagangan lengang minggu ini di tengahteng­ah kekurangan petunjuk baharu, dengan kebanyakan peniaga menjejaki dengan rapat pergerakan pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Tiga negara berkenaan Thailand, Indonesia dan Malaysia menyatakan kebimbanga­n bahawa pasaran didorong oleh persepsi berdasarka­n data yang tidak tepat di sebalik imbangan yang baik bekalan NR semasa, permintaan dan stok berkaitan NR, tambahnya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga getah didagangka­n bercampurc­ampur.

Asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 naik setengah sen kepada RM5.140 sekilogram, sementara lateks pukal susut satu sen kepada RM3.760 sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi jam 5 petang untuk SMR 20 meningkat 3.5 sen pada RM5.145 sekilogram sementara lateks pukal susut satu sen pada RM3.765 sekilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia