Berita Harian

SAWIT

-

Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n kegiatan pengambila­n untung minggu ini dengan harga dijangka bergerak antara RM1,800 dan RM1,900 satu tan kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata permintaan dijangka rendah sedikit disebabkan stok yang tinggi.

Eksport susut 12.87 peratus kepada 1.38 juta tan pada November daripada 1.58 juta tan bulan sebelumnya.

Sementara itu, MPOB mengumumka­n, cukai eksport minyak sawit mentah untuk Januari kekal pada sifar peratus.

Asas Jumaat ke Jumaat, Disember 2018 meningkat RM42 kepada RM1,835 satu tan, Januari 2019 menambah RM58 kepada RM1,974 satu tan, Februari 2019 meningkat RM70 kepada RM2,068 satu tan dan Mac 2019 menambah RM54 kepada RM2,138 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 174,703 lot daripada 204,825 lot Jumaat lalu sementara kepentinga­n terbuka adalah 283,588 kontrak daripada 278,911 kontrak minggu lalu.

Di pasaran fizikal, Disember Selatan menambah RM30 kepada RM1,830 satu tan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia