Berita Harian

EMAS

-

Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangka­n berhatihat­i minggu ini kerana pelabur bimbang berhubung mesyuarat Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat (AS), yang dijangka diadakan minggu ini, kata seorang peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao, berkata kadar faedah AS akan menjadi tajuk utama minggu depan dan sama ada Fed akan mengumumka­n satu lagi peningkata­n kadar faedah.

Pelabur akan menukar fokus mereka kepada peningkata­n kadar faedah AS minggu depan, yang mana mesyuarat Fed akan diadakan pada 18 Disember.

Asas Jumaat ke Jumaat, bulan semerta Disember 2018, Januari 2019, Februari 2019 dan Mac 2019 kesemuanya meningkat 28 mata masingmasi­ng kepada RM167.00 segram, RM167.0 segram, RM167.1 segram dan RM167.20 segram.

Jumlah dagangan mingguan susut satu lot bernilai RM16,700 daripada 10 lot bernilai RM164,930 minggu sebelumnya, sementara kepentinga­n terbuka susut kepada 26 kontrak daripada 27 kontrak sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia