Berita Harian

TIMAH

-

Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan tinggi minggu ini berikutan permintaan yang bertambah baik terhadap komoditi itu dengan harga berada dalam jajaran antara AS$19,200 dan AS$19,400 satu tan.

Seorang peniaga berkata, beliau menjangkak­an pedagang mula menyimpan stok komoditi itu sebelum mereka bercuti panjang.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, harga PTKL naik AS$280 kepada AS$19,300 satu tan, manakala jumlah dagangan naik kepada 210 tan daripada 95 tan pada minggu sebelumnya.

Sepanjang minggu yang baharu berakhir ini, permintaan belian datang dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat, Pakistan dan Bangladesh.

Perbezaan harga antara PTKL dengan LME berada pada diskaun AS$100 satu tan daripada premium AS$70 satu tan pada Jumaat minggu sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia