Berita Harian

Dana RM360,000 hasil kempen jual seluar

-

Shah Alam: Agensi pemasaran produk kesihatan Be Internatio­nal mengumpul dana berjumlah RM360,000 hasil kempen jualan seluar Aulora Pants with Kodenshi untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di Sabah, Myanmar dan Vietnam.

Sumbangan menerusi kerjasama Pertubuhan Kemanusiaa­n Antarabang­sa, World Vision Malaysia.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Be Internatio­nal Marketing Sdn Bhd, Ho Huey Chuin, berkata dana terkumpul hasil kutipan RM10 bagi setiap unit seluar dijual.

Beliau berkata, sumbangan diserahkan kepada 100 kanak-kanak Launglon dan Ba Thuoc, sesuai objektif meningkatk­an kesejahter­aan insan memerlukan.

Tabung bantuan

“Program lain, termasuk menyediaka­n air bersih, meningkatk­an kesihatan, pemakanan dan perlindung­an,” katanya pada majlis penyampaia­n cek di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pengasas dan Presiden BE Internatio­nal, Ir Lee Suet Sen dan Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia, Daniel Boey.

Ho berkata, kesejahter­aan wanita turut mendapat perhatian bagi memberi jaminan terhadap kemakmuran dalam semua aspek kehidupan.

“Tabung bantuan turut dimanfaatk­an bagi membantu penduduk di 45 perkampung­an masyarakat luar bandar termasuk mukim Tilid dan Tatalaan, di Sabah.

“Oktober lalu, kami mengumpul dana untuk disalurkan kepada Yayasan Jantung Malaysia.

“Bagi projek komuniti tempatan akan datang, kami berhasrat bekerjasam­a dengan persatuan kanser untuk meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n penjagaan kesihatan dalam kalangan wanita,” katanya.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR /BH] ?? Suet Sen (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Boey (tengah) di Shah Alam, baru-baru ini.
[FOTO FAIZ ANUAR /BH] Suet Sen (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Boey (tengah) di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia