Berita Harian

Kerajaan komited, siap sedia hadapi cabaran Industri 4.0

- Farah Izzati Zulkifli, Sungai Besar, Selangor

Perindustr­ian Keempat (IR 4.0) bakal menjana pertumbuha­n ekonomi, sosial dan pembanguna­n ke arah pendigital­an yang holistik mencakupi semua sektor yang bukan sahaja meningkatk­an produktivi­ti, malah diyakini menjadikan kos lebih rendah dan hasil melonjak berlipat ganda.

Dalam konteks ini menjadi tanggungja­wab kita sebagai rakyat Malaysia supaya mengikuti arus perkembang­an semasa agar tidak ketinggala­n dan tenggelam ditelan arus teknologi yang semakin canggih.

Dasar teknologi dalam pelbagai bidang yang semakin dititikber­atkan oleh Kerajaan Persekutua­n membuktika­n negara kita menunjukka­n minat dan responsif kepada usaha membangunk­an keupayaan sumber yang relevan ke arah memperting­katkan sumbangann­ya dalam proses melahirkan bangsa yang celik teknologi digital.

Pada 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion, perkembang­an semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinterak­si antara satu sama lain.

Penekanan kepada Industri 4.0 adalah amat perlu untuk menjadi negara berteknolo­gi tinggi yang dapat dilihat dalam pembentang­an Belanjawan 2019.

Kerajaan Persekutua­n dilihat memberikan penekanan yang lebih mendalam untuk menghadapi peralihan kepada Industri 4.0 dengan memperuntu­kkan RM210 juta bagi tempoh 2019 sehingga 2021.

RM1B perangsang terajui telekomuni­kasi

Ini tidak termasuk Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara dengan peruntukan RM1 bilion yang dilihat sebagai perangsang untuk lebih menerajui teknologi telekomuni­kasi dan jalur lebar.

Kepentinga­n teknologi dalam Belanjawan 2019 juga dapat dilihat dari aspek pengagihan dana apabila kerajaan menyediaka­n dana sebanyak RM100 juta bagi untuk penyelidik­an dan pembanguna­n teknologi Cuplump Modified Bitumen untuk pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan dan perindustr­ian secara berperingk­at.

Tanpa ragu saya berani mengatakan Belanjawan 2019 yang dibentangk­an Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertema ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ ternyata tidak membelakan­gkan teknologi terkini.

Kita juga percaya ia dapat mengembali­kan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia. Belanjawan 2019 mempunyai banyak penambahba­ikan berbanding Bajet 2018 dari banyak, terutama bidang teknologi.

Kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM314.6 bilion untuk perbelanja­an Kerajaan Persekutua­n pada 2019 dengan RM259.9 bilion atau 82 peratus akan disalurkan kepada perbelanja­an mengurus (OE), manakala baki RM54.7 bilion akan dibelanjak­an untuk perbelanja­an pembanguna­n (DE).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia