Berita Harian

Penalti Ronaldo dicemari kad kuning

-

Turin: Cristiano Ronaldo menyempurn­akan penalti pada babak kedua sebelum dilayangka­n kad kuning, susulan provokasi ke atas penjaga gol lawan, Salvador Ichazo ketika Juventus menewaskan Torino 1-0 pada aksi menarik, kelmarin.

Torino, yang cuma sekali pernah menewaskan kelab jiran mereka yang jauh lebih besar itu sejak 23 tahun lalu tampil dengan persembaha­n bertenaga, sebelum dikecewaka­n kesilapan penyerang, Simone Zaza.

Selepas menewaskan Leonardo Bonucci, Zaza melakukan hantaran ke belakang kepada Ichazo, tetapi ia dapat dipintas Mario Mandzukic sebelum penyerang Croatia itu dijatuhkan penjaga gol gantian Torino.

Penjaring terbanyak

Penyerang sensasi Portugal, Ronaldo melengkapk­an penalti berkenaan yang juga jaringan ke-5,000 Juventus dalam kancah Serie A, dengan pendahulu liga itu mengutip 46 daripada 48 mata setakat ini.

Sejurus menjaringk­an gol, Ronaldo berlari ke arah Ichazo dan sengaja melanggar bahu pemain berkenaan ketika dia meraikan jaringan ke-11 miliknya dalam saingan liga elit Itali itu musim ini.

Jaringan itu menyaksika­n Ronaldo kini berkongsi kedudukan pendahulu senarai penjaring terbanyak Serie A bersama penyerang Genoa, Krzysztof Piatek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia