Hafizh yakin jentera KTM
London: Prestasi hambar pasukan KTM Tech3 ketika sesi ujian rasmi pra musim Motogp, barubaru ini adalah disebabkan jentera RC16 berdepan kesukaran ketika mengambil selekoh kata penunggangnya, Hafizh Syahrin Abdullah.
Tech3, yang menamatkan hubungan selama 20 tahun dengan Yamaha untuk menyertai KTM bagi musim 2019 mengharungi permulaan sukar ketika menggunakan jentera keluaran Austria itu di Valencia dan Jerez, Sepanyol.
Keduadua, Hafizh dan rakan sepasukannya, Miguel Oliveira, yang baharu dinaikkan pangkat ke kelas elit daripada Moto2 menghuni tangga tercorot sesi ujian dengan masingmasing ketinggalan hampir 3 saat di belakang penunggang masa terpantas.
“Ketika ini kami sedikit perlahan terutama ketika pertengahan selekoh,” kata Hafizh yang mengakui dia kini sedang dalam proses menyesuaikan selepas beralih daripada jentera Yamaha kepada KTM.
“(Tayar) Jentera kami berpusing dengan banyak, tiada cengkaman dan sebab itulah kami gagal meningkatkan kelajuan pada setiap pusingan.
“Saya berharap pihak pengeluar dapat melakukan sesuatu terhadap suspensi atau mungkin memasang ‘sayap’ kerana ketika ini kami tidak memilikinya.
“Perasaan saya ketika ini ialah kami tidak cukup pantas, kami perlu mencari sesuatu untuk memperbaikinya dan mendapatkan kelajuan yang baik ketika keluar daripada selekoh.
“Enjin dan casis memang bagus, tetapi kita perlu lakukan sedikit perubahan kecil terutama suspensi bagi meningkatkan tahap keupayaan jentera ini pada tahap sepatutnya.
“Kelajuan ketika memasuki selekoh hampir sama namun kita kehilangannya ketika keluar. Ia bukan mengenai kuasa enjin namun banyak yang kita rugi. Kami perlu mendapat lebih cengkaman bagi membolehkan memecut lebih laju.
Bos Tech 3, Herve Poncharal begitupun enggan meletakkan sebarang sasaran untuk tahun pertama daripada tiga tahun kerjasama dengan KTM.