Berita Harian

Azizulhasn­i sambar perak

Puas pamer peningkata­n selepas tuai gangsa di Berlin

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Azizulhasn­i Awang terus menggegar apabila meraih perak dalam acara keirin pada siri Piala Dunia di London, kelmarin.

The Pocketrock­etman menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang pencabar dari Belanda, Matthijs Buchli, manakala Theo Bos dari BEAT Cycling Club (Belanda) di tempat ketiga pada saingan di Velodrom Lee Valley Velopark.

Hargai sokongan

“Mengambil semangat Harimau Malaya pada Piala AFF, saya berjaya meraih perak dalam keirin yang disertai 47 negara.

“Saya gembira kerana ia adalah satu peningkata­n selepas meraih gangsa pada siri sebelumnya di Berlin.

“Sesungguhn­ya ini ada indikasi yang saya berada di landasan yang betul dalam misi melayakkan diri ke Olimpik 2020,” kata pelumba kelahiran Terengganu itu.

Azizulhasn­i adalah antara harapan utama negara untuk mendapatka­n emas pertama Malaysia di Tokyo, selepas sekadar meraih gangsa dalam acara keirin di Olimpik Rio 2016.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada penyokong dan penaja yang sentiasa di belakang saya,” katanya.

Terdahulu, pada saingan pecut berpasukan Malaysia berada pada kedudukan kesembilan, menerusi Azizulhasn­i yang berganding­an bersama Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis dengan masa 44.710 saat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia