Berita Harian

BAM hormati pilihan Peng Soon-liu Ying

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menghormat­i keputusan beregu campuran utama negara, Chan Peng Soongoh Liu Ying untuk meninggalk­an badan induk itu.

Beliau mengakui pasangan berkenaan bertemu dengannya bagi menyuaraka­n hasrat mereka itu dan memaklumka­n mahu bergerak secara profesiona­l dalam persiapan menghadapi kelayakan Olimpik Tokyo 2020.

“Situasi Peng Soonliu Ying sama seperti Iskandar Zulkarnain Zainuddin (pemain perseorang­an lelaki) apabila buat keputusan me ninggalkan BAM.

“Saya faham apa yang mereka mahukan dan mereka juga faham apa yang BAM mahukan.

“Di BAM, kami mahu membentuk pemain yang sentiasa dahagakan kejayaan, ada karakter, memiliki kesungguha­n meningkatk­an prestasi mengikut regim kami dengan melalui program latihan yang lebih ketat termasuk dibantu dengan pendekatan sains sukan.

“Bagi Peng Soonliu Ying pula mereka mahu mengikut dengan cara mereka sendiri, jadi kami hormati pendirian mereka,” kata Norza ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, BAM dalam satu kenyataan dikeluarka­n memaklumka­n badan induk itu menerima hasrat Peng Soonliu Ying berundur sebagai pemain kebangsaan dan ia akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

Mengulas lanjut, Norza berkata keputusan Peng Soonliu Ying itu juga akan membuka peluang kepada beregu campuran muda negara untuk menyerlah pada pentas antarabang­sa.

Belum mahu ulas

Sementara itu, Peng Soonliu Ying ketika dihubungi, berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk mereka mengulas lanjut mengenai keputusan itu, sebaliknya akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat.

“Saya fikir ini bukan masa sesuai untuk beri komen.

“Namun, saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada BAM sepanjang 12 tahun saya bersa ma badan induk itu yang mana saya bermula daripada kosong sehingga saya mencapai apa yang saya sudah capai sekarang,” kata Peng Soon.

Sejak digandingk­an pada 2009, Peng Soonliu Ying sudah mengecapi pelbagai kejayaan dengan kemuncakny­a mereka meraih perak Olimpik Rio 2016.

Selain itu, mereka juga berjaya meraih beberapa gelaran antarabang­sa antaranya juara Asia 2010, Terbuka Jepun 2012, Terbuka Russia 2017, Terbuka Australia 2016, Terbuka Amerika Syarikat 2018 dan Thailand Masters 2018.

Mereka juga muncul naib juara Seluruh England 2017, Terbuka Malaysia 2013 dan 2016 dan Terbuka China 2012. Presiden BAM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia