Berita Harian

TMJ bangga perjuangan Harimau Malaya

-

Kuala Lumpur: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapka­n tahniah kepada Harimau Malaya walaupun gagal merangkul kejuaraan Piala AFF buat kali kedua, kelmarin.

Harimau Malaya yang merangkul kejuaraan sulung Piala AFF pada 2010 terpaksa melepaskan trofi tertinggi peringkat Asia Tenggara itu kepada Vietnam selepas tumpas dengan agregat 23.

Namun, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaska­n Harimau Malaya kurang bernasib baik walaupun sudah memberikan segalagala­nya pada dua aksi final berdepan Vietnam.

“Kepada semua pemain, jurulatih dan FAM, (kita) kurang bernasib baik. Anda semua menunjukka­n semangat juang yang luar biasa sepanjang kejohanan.”

“Itulah sesuatu yang pasukan dan semua peminat harus berbangga. Tahniah kepada Harimau Malaya dan berada di pentas final adalah satu pencapaian yang hebat,” kata TMJ di laman Twiter miliknya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia