Berita Harian

Sumareh janji tebus kegagalan

- Oleh Farah Azharie

Kuala Lumpur: Ia mungkin penampilan sulung yang me ngecewakan bersama Harimau Malaya di Piala AFF, namun pemain naturalisa­si negara kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh mengakui sedia beraksi lagi bersama pasukan sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

Pemain berusia 24 tahun itu juga memohon maaf kepada penyokong negara kerana tidak mampu membantu Harimau Malaya memenangi Piala AFF buat kali kedua.

“Setiap pemain beraksi dengan baik dan saya cukup bangga dengan mereka sepan jang kempen kali ini.

“Minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana kami gagal memenangi Piala AFF untuk negara tetapi jika ada peluang sekali lagi, saya sedia melakukann­ya.”

Keluarga sokong

Pemain sayap itu jelas kecewa kerana Harimau Malaya gagal bangkit selepas Vietnam menjaringk­an gol awal untuk memastikan kemenangan menerusi agregat 32 di Hanoi.

Dia mengakui ia bukanlah persembaha­n terbaik Harimau Malaya dan setiap orang mengetahui­nya. Pemain negara

“Bukan saya sahaja, setiap pemain dalam pasukan merasai kekalahan itu tetapi ia bukan hari bertuah untuk kami,” katanya.

Selepas dua bulan bersama dalam skuad dan barisan kejurulati­han, Sumareh kini mahu kembali ke pangkuan keluargany­a.

“Keluarga saya sering memberikan katakata semangat selepas tamat perlawanan,” katanya.

Sumareh akan berehat sebulan sebelum kembali menyertai Pahang untuk kempen Liga Malaysia 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia