Berita Harian

Kena maki gara-gara minta isi borang

-

Miri: Hanya kerana dia meminta mengisi borang sebelum mengambil nombor giliran, seorang penjawat awam wanita ‘dimaki’ orang awam dalam kejadian di Pusat Komuniti Daerah(pkd) Miri, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian pada jam 11 pagi, wanita berusia 33 tahun itu sedang bertugas di kaunter nombor giliran sebelum didatangi seorang lelaki yang mahu melakukan urusan pasport.

Menurut sumber, wanita terbabit kemudianny­a meminta lelaki berkenaan mengisi borang terlebih dahulu sebelum mengambil nombor giliran bagi memudahkan urusan.

Bagaimanap­un, lelaki berusia 50 tahun itu berang lalu mengeluark­an kata-kata kesat kepada wanita terbabit.

“Kakitangan lain di jabatan itu turut cuba menenangka­n lelaki terbabit.

“Bagaimanap­un, lelaki itu masih bercakap dengan nada kasar dan tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit,” katanya.

Katanya, laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Pusat Miri oleh wanita terbabit berhubung kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan penjawat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia