Berita Harian

Dua suspek curi enjin 4WD ditahan polis

-

Miri: Tidak sampai sebulan, dua lelaki dipercayai melarikan sebuah enjin kenderaan Mitsubishi Triton sebelum ini ditahan polis di Kampung Sealine di sini, pagi kelmarin.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di tepi jalan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah(bsj) Ibu Pejabat Polis Daerah(ipd) Miri pada jam 11 pagi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai melarikan enjin berkenaan dari sebuah rumah di kampung sama pada 21 November lalu.

Sumber itu berkata, enjin bernilai RM5,000 itu diletakkan di bahagian stor rumah kerana masih dalam proses pembaikan sebelum ia dilaporkan ‚lesap‘.

“Meskipun tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan saksi kejadian, polis berjaya mengesan kedua-dua suspek dalam tempoh kurang sebulan,” katanya.

Polis rampas kereta

Katanya, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira yang digunakan suspek.

“Kedua-dua suspek kemudianny­a dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahka­n tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379(A)1 Kanun Keseksaan.

 ?? [ FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH / BH ] ?? Anggota Polis menahan suspek yang dipercayai melarikan sebuah enjin kenderaan Mitsubishi Triton dalam kejadian di Kampung Sealine.
[ FOTO MOHD RIZAL ABDULLAH / BH ] Anggota Polis menahan suspek yang dipercayai melarikan sebuah enjin kenderaan Mitsubishi Triton dalam kejadian di Kampung Sealine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia