Berita Harian

Individu penting pastikan kelancaran projek seni

-

nguruskan persembaha­n tarian, lakonan, teater, nyanyian, acara serta muzik.

Katanya, industri kreatif negara bukan sahaja memerlukan penggiat depan tabir iaitu penghibur, tetapi juga menuntut tenaga kerja dan individu mahir di bahagian belakang pentas untuk mengawal selia keseluruha­n proses persembaha­n.

“Di negara luar, terdapat graduan khas dilahirkan universiti berkaitan bidang ini melalui Ijazah Rekaan Persembaha­n dan Pengurusan untuk bergelar pengurus seni yang memfokuska­n kepada tanggungja­wab menguruska­n projek seni dan budaya.

Barisan hadapan

“Namun begitu, di Malaysia, kita melahirkan graduan seni persembaha­n yang mempelajar­i ilmu secara asas sahaja, menyebabka­n tiada tenaga pakar yang benar-benar menguasai ilmu pengurusan seni secara menyeluruh,” katanya.

Zulkifli berkata, pengurus seni ialah individu barisan hadapan yang akan mengawal dan memastikan kelancaran projek dirancang dengan mengambil tahu persediaan setiap bahagian produksi berjalan baik, antaranya jadual peserta, prop, pakaian, peralatan dan keadaan sekeliling.

Katanya, tuntutan tugas setiap kru atau petugas adalah berbeza, misalnya pereka fesyen hanya menumpukan kepada stail atau pakaian peserta, pengarah fotografi menyelia penggambar­an, tetapi pengurus seni ialah individu penting yang menjaga setiap aspek.

Ditanya soal cabaran, beliau berkata, kerjaya pengurus seni cukup besar kerana perlu mengawal semua orang dalam industri, tetapi mereka sememangny­a memiliki kemahiran untuk melaksanak­an tugasan diamanahka­n melalui prinsip dipegang.

“Pengurus seni mempunyai prinsip bekerja, iaitu sabar, tenang dan cerdik bagi me-mastikan hubungan semua krew, artis, peserta, pengarah dan individu belakang tabir sentiasa baik.

Orang tengah

“Mereka juga berperanan sebagai orang tengah, seperti apabila artis lewat hadir ke set produksi yang mungkin tercetus ketidaksef­ahaman, maka pengurus seni harus mengatasi permasalah­an ini,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata bagi melahirkan lebih ramai pengurus seni, ASWARA memainkan peranannya dengan membangunk­an Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya.

Fakulti itu, katanya, memperkena­lkan silibus berhubung pembanguna­n diri dan skop tugasan pengurus seni bagi mengisi keperluan kerjaya dan memenuhi tenaga kerja profesiona­l industri.

Graduan bidang pengajian dihasilkan fakulti itu, katanya, turut diterapkan dengan ilmu untuk mencipta pekerjaan melalui pengetahua­n dimiliki, bukan sekadar bekerja makan gaji.

 ??  ?? memainkan peranan menjalin hubungan baik dengan pengamal media, terutama wartawan bagi mempromosi projek produksi dan mendapat liputan mengenai acara diadakan.
memainkan peranan menjalin hubungan baik dengan pengamal media, terutama wartawan bagi mempromosi projek produksi dan mendapat liputan mengenai acara diadakan.
 ??  ?? Tugasan pengurus media
Tugasan pengurus media
 ??  ?? Zulkifli Ab Rashid
Zulkifli Ab Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia