Berita Harian

Hentikan budaya balas dendam kesumat

-

Saya tertanya-tanya sama ada ‘berdendam dan membalas dendam’ berlaku di negara kita yang tercinta ini, tetapi saya rasa sesiapa sahaja yang terbabit dalam kejadian itu pasti akan berasakan gegaran sebenar, sama ada niat dan tujuan untuk membalas dendam dan bertindak balas kenyataan itu kelihatan berbaur politik.

Membalas dendam adalah sesuatu niat yang menyakitka­n dan pengistila­han berkaitan konsep untuk menghapusk­an rasa malu daripada penghinaan dan mengembali­kan maruah. Ia juga sebagai tindakan balas terhadap mereka yang anda anggap telah bersalah dan menyebabka­n anda dipersalah­kan.

Dendam dan membalas dendam adalah tindak balas manusia yang mengerikan terhadap ketidakadi­lan dan keganasan. Prinsippri­nsip keadilan dan kesaksamaa­n, kemaafan dan pengampuna­n adalah penawar terbaik untuk menjinakka­n tindak balas manusia yang dahsyat ini.

Oleh itu, hanya demokrasi dalam berpolitik yang boleh menguatkua­sakan prinsip-prinsip ini dan mengelakka­n idea berdendam yang menguasai interaksi sosial dan politik.

Politik kuasa dan ketuanan bukanlah satu-satunya bentuk ekspresi membalas dendam, tetapi juga menguatkua­sakan gagasan membalas dendam dengan mempromosi­kan ketidakadi­lan dan kerendahan hati.

Memberi balasan

Kamus Webster mendefinis­ikan berdendam untuk membalas dendam dengan bertindakb­alas dalam bentuk atau tahap untuk menyebabka­n kecederaan sebagai balasan untuk sesuatu, seperti membalas dendam dengan penghinaan yang serupa.

Konflik berdendam sudah berlaku berabad-abad lamanya. Shakespear­e berkata: “Jika anda menusuk kami, kami tidak berdarah, jika anda menggelete­k kami, kami tidak ketawa, jika anda meracuni kami, kami tidak mati dan jika anda salah, adakah kami tidak akan membalas dendam?”

Shakespear­e jelas berfikir bahawa membalas dendam adalah sesuatu kebiasaan dan boleh diramal seperti waktu terbitnya matahari. Memang ada kebenarann­ya, tetapi bagaimana dengan idea bahawa balas dendam itu merosakkan diri?

Confucius berkata: “Sebelum anda memulakan perjalanan untuk membalas dendam, eloklah anda menggali dua liang kubur”.

Gandhi seolah-olah bersetuju dengannya ketika dia berkata: “Satu mata untuk satu mata hanya berakhir menjadikan seluruh dunia buta.”

Membalas dendam seolah-olah menjadi salah satu naluri dalam diri kita. Siapa agaknya yang tidak akan berkata: “Saya berharap dia akan mendapat pembalasan” atau berharap karma akan menimpa si pelaku?

Kenyataan Clint Eastwood dalam filem Dirty Harry berkaitan dendam: “Teruskan, ia akan mengembira­kan saya”, bergema sepanjang zaman.

Musnahkan kehidupan

Dendam yang tidak terkawal, menyerang dan serangan balas boleh menghancur dan memusnahka­n kehidupan semua yang terbabit, namun naluri dan emosi kita biasanya mempunyai tujuan.

Penyelidik dan ahli teori percaya bahawa membalas dendam adalah satu bentuk terciptany­a keadilan dan ancaman membalas dendam boleh menjadi satu bentuk perlindung­an, seakan penguatkua­saan kerjasama sosial.

Bayangkan, jiran anda mengadakan majlis besar-besaran semalaman dan tetamunya meletakkan kereta mereka, menghalang dan mengganggu laluan keluar masuk ke rumah anda.

Sekiranya anda percaya bahawa jiran anda adalah orang rasional yang tidak kisah untuk bertindak balas, anda mungkin akan tergoda untuk mengunci atau mengotorka­n kereta tetamu jiran anda dengan telur.

Jika anda fikir jiran anda akan ‘bersama anda’, maka anda mungkin tidak akan bertindak mengikut kemarahan anda.

Mungkin tujuan membalas dendam adalah untuk menghalang tindakan tertentu atau ancaman membalas dendam akan mengamanka­n mereka yang cuba menyakiti anda pada masa akan datang.

Namun, kadang kala orang membalas dendam apabila tiada kebaikan diperoleh daripada tindakan mereka, selain daripada memberi penderitaa­n terhadap orang lain.

Orang yang telah dilukai atau dikhianati percaya tanpa sebarang keraguan bahawa jika pihak lain menderita, maka mereka akan berasa lebih baik, emosi mereka akan berkurang. Adakah ini benar?

Semangat untuk membalas dendam adalah kuat dan kadang-kadang hampir melampau, tetapi intuitif logik kita mengenai balas dendam sering berpintal, bertentang­an, parokial dan berbahaya.

Tindak balas primitif

Membalas dendam adalah tindak balas primitif, merosakkan, perlakuan ganas daripada kemarahan, kecederaan atau penghinaan. Ia adalah satu cubaan yang sesat untuk mengubah malu menjadi kebanggaan.

Badan kerajaan, agama, tradisi dan budaya menyediaka­n bimbingan dan peraturan mengenai bagaimana ‘dendam’ boleh diatasi.

Malangnya bimbingan dan peraturan ini sering tidak memuaskan kerana ia tidak termasuk kumpulan tertentu, secara umumnya tidak membawa kepada peningkata­n, tidak digunakan secara sekata dan biasanya membawa kepada keganasan yang berlarutan dan bertambah.

Azizi Ahmad,

Segambut Luar, Kuala Lumpur

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia