Sultan Ibrahim pandu PROTON 1 hantar Tun M

Berita Harian - - MUKA DUA -

Johor Bahru: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam berkenan memandu sendiri sejauh 22 kilometer kereta Proton Saga pertama negara, menghantar Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Kereta dengan nombor pendaftaran PROTON 1 itu pemberian kerajaan kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail ketika Almarhum menjadi Yang di-pertuan Agong Kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Dr Mahathir kali pertama menjadi Perdana Menteri bermula Julai 1981 hingga 2003 dan generasi pertama PROTON dilancarkan pada Julai 1985.

Kagum ketahanan Proton Saga

Pada sidang media kemudian, Perdana Menteri melahirkan rasa kagum dengan kenderaan berkenaan yang masih dalam keadaan baik walaupun sudah masuk usia 33 tahun.

“Kereta manual ini masih elok dan mungkin dipandu dengan baik, tidak pernah rosak. Jadi bagi saya, ini bukti baik keupayaan Proton Saga. Kereta ini sudah jalan 22,000 (km) dan harga dulu RM17,000,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.